Tuesday, July 28, 2009

HARI TEMUDUGA

Alhamdulillah, hari ini selesai menjalani temuduga, hendak dijadikan cerita aku calon yang terakhir sekali, yang ke 16, moga-moga berjayalah hendaknya... Insya Allah. Kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan di atas sokongan kalian, memberikan tunjuk ajar serta tips sebelum menghadiri temuduga, kedua orang tua ku yang di saat-saat akhir menghantar SMS tajuk utama akhbar hari ini, isteriku yang tersayang... terima kasih sekali lagi. Sesi ku pada pukul 10 pagi dan aku tiba 30 minit awal, wah! guru lelaki semakin pupus... Ada banyak perkara berlaku pagi ini. Seorang calon diminta pulang kerana tidak membawa sijil ijazah, ada yang tidak membawa sijil kelahiran, ada juga yang tidak mengisi borang yang wajib diisi, alhamdulillah diri ini lengkap segala dokumennya berkat nasihat daripada rakan seperjuangan di Pos Poi. Jadi ingatan untuk kita bersama, antara persediaan sebelum menghadiri apa-apa temuduga, dokumen-dokumen yang lengkap perlulah ada. Pernah suatu ketika calon diminta pulang untuk mengambil dokumen yang wajib disertakan semasa temuduga, telah ditimpa kemalangan, dan ini merumitkan kedua-dua belah pihak (hmm... kes nie sama je macam kes guru pelatih yang yang mengandung dan tak maklumkan pada Hal Ehwal Pelajar, dan turut serta mengikuti Kem Bina Insan Guru, mengalami pendarahan, dan keguguran... seperti yang pernah diceritakan oleh seorang sahabat...) Jadi beringatlah kawan-kawan... kepada rakan-rakan seperjuangan yang bakal menghadiri temuduga, semoga berjaya...

1 comment:

Anonymous said...

moga berjaya