Wednesday, December 30, 2009

2010


Perubahan Bakal Melanda... Nantikan!

Friday, October 16, 2009

GURU-GURU PELATIH IPG PERLIS

Tanggal 15 Oktober yang lalu merupakan hari terakhir bagi kelapan-lapan orang guru dari IPG Perlis di Sekolah Kebangsaan Pos Poi. 10 hari mereka menyumbang bakti dan buat anak-anak murid, pastinya kehadiran mereka merupakan satu pengalaman yang cukup berharga. Terima kasih sekali lagi kepada Yeop, Fadil, An, Din, Safrah, Mazni, Linda, dan Azian.

Sunday, October 4, 2009

POTRET KELUARGA 1 SYAWAL 2009

1 Syawal yang amat bermakna tahun ini setelah berumahtangga, diraikan bersama keluarga sebelah isteriku...

Sunday, September 27, 2009

Perhimpunan Aidilfitri Keluarga Hj Harun dan Hajjah Alawiyah
















2 Syawal yang lalu, bertempat di kediaman En Shafie di Taman Seri Chandan telah diadakan majlis perjumpaan keluarga waris Hj Harun dan Hajjah Alawiyah (keluarga sebelah ibu mertua ku)





Thursday, September 17, 2009

Salam Lebaran

Assalamualaikum... dikesempatan ini diri ini ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua, Maaf Zahir dan Batin, Moga Syawal yang bakal tiba mengeratkan lagi Ukhuwah sesama kita dan moga tiada batas jarak dan waktu sesama kita menjadi penghalang. Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin

Saturday, September 12, 2009

OPAH...

Video pertama yang aku persembahkan dalam blog ini... Opahku Hajjah Rogayah menyanyikan lagu Jepun semasa zaman persekolahannya...

Majlis Iftar Warga SK Pos Poi

Tanggal 11 September 2009 bertempat di Perak Riverside Safari Resort K.Kangsar, telah diadakan majlis berbuka puasa khusus buat warga SK Pos Poi... berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakam semasa majlis...





Alhamdulillah... ramai yang datang petang tu... Insya Allah tahun depan ada lagi :P
























Friday, September 4, 2009

Memori Aidilfitri...



Potret Keluarga... Syawal 2007

Sunday, August 30, 2009

TIDAK KESEORANGAN LAGI...

Assalamualaikum, di kesempatan ini penulis ingin merakam seribu penghargaan bagi mereka yang sudi singgah sebentar ke laman blog... takdelah blog nie sunyi je... kalau ada kesempatan bolehlah hantarkan apa-apa komen bagi meningkatkan kualiti blog ini, atau apa-apa info yang dirasakan patut dikongsikan bersama... apa-apa saja, dari dunia pendidikan hinggalah ke dunia hiburan... (memandangkan setakat ini followers dari kalangan guru dan mereka yang terlibat dengan dunia seni... terima kasih sekali lagi diucapkan) lapang-lapangkan diri singgah di ruangan chatting... maaf kalau penulis lambat respond... tapi insya Allah akan berbalas... salam merdeka dan ramadan buat semua...

Monday, August 24, 2009

MOTOR ROSAK

Assalamualaikum... bertemu lagi di ruangan ini... hari ketiga berpuasa... hari nie ada kerja sedikit di sekolah... menghantar borang HRMIS (bagi warga guru tau laa apa dia...) sambil2 mengemaskini maklumat invois bagi prasekolah... Ketika pulang hujan lebat di Sg. Siput... redah juga sebab dah janji dengan orang rumah untuk ke bazar Ramadan bersama-sama, takut tak sempat pula, kalau tak jadi nanti dah tentu bermasam muka... maklumlah tengah berbadan dua :P Musibah melanda di Klebang... enjin tiba-tiba saja mati selepas terkena simbahan air hujan dari trailer panjang... sorong sampai ke Tasek, mujur ada pemuda India datang membantu... (ada iras2 seorang teman di SK Pos Poi) menunda motor rosak ke bus stop yang paling dekat... terima kasih kepada beliau... Setelah mencuba beberapa kali enjin berjaya dihidupkan... malang menimpa banjir kilat pula di depan... setelas hampir setengah jam terkandas barulah sampai ke rumah serentak dengan orang rumah... Alhamdulillah...ku anggapnya sebagai kifarah...

Saturday, August 22, 2009

Merdeka



Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Pos Poi 2007

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Terkini...


Warga Prasekolah 2009

Salam Ramadan

Alhamdulillah... bertemu lagi kita di Ramadan pada tahun ini... apakah azam anda? Tak nak miss terawikh walaupun satu malam? nak bertadarus sampai khatam Al-Quran? buat solat sunat Dhuha? Banyakkan sedekah, nak anjurkan Iftar... sponsor member2 sahabat handai berbuka, harapan semoga segala azam yang baik2 terlaksana dengan jayanya di bulan yang mulia ini. Orang kata bulan nie sesuai untuk menyuci dosa... ingat lagi ustaz penulis masa penulis sekolah rendah dulu ada cerita... tiap kali kita buat jahat, akan timbul satu titik hitam pada hati.... makin banyak buat silap, dosa... makin gelaplah hati, ustaz penulis ada juga cerita, kalau betul caranya wuduk yang kita ambil sebelum bersolat dapat menggugurkan dosa bagaikan air mengalir di kaki... tapi kalau malas sembahyang, bila masa nak berwuduknya... bila dah gelap, hati kita susah nak dapat hidayah dari Allah, bila dah gelap... kawan2 nasihat ke, sound ke, perli ke... semuanya tak meresap dalam hati... serupa siram air pada daun keladi, lepas tu siap cakap lagi "Aku sikit pun tak terasa... lantak kome laa!" mak aii..! eksyennye die! Maka bersyukurlah pada mereka yang ada rasa malu, terasa, kecil hati apabila ada member2 yang perli, sound, nasihat kita, maknanya ada ruang lagi pada hati kita yang masih belum ternoda, dan ada harapan untuk berubah. Pada yang suka perli2 member yang selalu buat silap, bila kawan tu ada tanda nak berubah, tak payah laa perli2 lagi, sebagai contoh kita tak pernah tengok dia sentuh sejadah... tiba2 satu hari kita nampak dia sembahyang, tak payah le perli2, patut kita galakkan lagi dia agar berubah, ataupun kita diam je sambil ucap "Alhamdulillah" dalam hati. Penulis nie takde laa baik mana, cuma hari nie teringin pulak nak memesan kawan2 dan pada yang sama turut memesan pada diri sendiri... Salam Ramadan dari penulis sekeluarga, moga Ramadan tahun ini akan memberi satu impak yang lebih positif dalam diri kita selaku seorang Muslim.

Wednesday, August 19, 2009

PENGUMUMAN PENGURUSAN SEKOLAH

PERKEMBANGAN TERKINI WABAK INFLUENZA A (H1N1) DI DAERAH KUALA KANGSAR
Sehingga kini, terdapat pelajar daripada beberapa buah sekolah daerah ini yang didapati positif H1N1. Sehubungan itu, semua pihak perlu melaksanakan langkah-langkah berikut:, (Rujukan surat: Bil.(2) J.Pend.Pk.(AM) bertarikh 11 Ogos 2009 Sila patuhi arahan-arahan berikut demi menangani isu berkenaan.
1. Semua akitiviti melibatkan pihak luar atau pergerakan murid / pelajar di luar kawasan
sekolah selepas 10 Ogos 2009 ditangguhkan. Hanya akitiviti yang dijalankan di dalam permis
sekolah dibenarkan.
2. Peperiksaan Awam (UPSR/PMR/SPM/STPM/STAPM) berjalan sEperti yang dijadualkan.
2.1 Pelajar yang menerima rawatan (kuarantin) di hospital akan menduduki peperiksaan
tersebut di hospital.
2.2 Pelajar yang dikuarantin di rumah, perlu menduduki peperiksaan berkenaan di bilik
kuarantin yang disediakan oleh pihak sekolah.
3. Pihak sekolah digalakkan mengadakan Bacaan Surah Yasin atau Solat Hajat dan berdoa bagi
memohon kesejahteraan dan keafiatan dan bebas dari wabak virus H1N1 yang kini semakin
menular dan merebak.
4. Pihak sekolah digalakkan mengadakan gotong-royong pembersihan kawasan sekolah.
5. Pihak sekolah harus mengenalpasti pasti sebab-sebab pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir
ke sekolah supaya maklumat penularan H1N1 ini dapat dimaklumkan kepada pihak hospital
daerah.
6. Pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Induk 3K Wabak Influenza A H1N1.
7. Pemakaian penutup mulut dan hidung adalah digalakkan. Cuba dapatkan bantuan bekalan
dari Persatuan IbuBapa dan Guru.
8. Pihak sekolah sentiasa mengawasi pelajar-pelajar yang mengidap penyakit asthma, obesiti
dan kencing manis yang mudah diserang oleh Virus H1N1
9. Lawatan ke luar negara tidak digalakkan. Sekiranya lawatan keluar negara tidak dapat
dielakkan dan atas urusan persendirian, pegawai tersebut hendaklah mengambil cuti
tambahan untuk tujuan kuarantin sekembalinya dari luar negara.
10. Bagi lawatan 'terpaksa' dilaksanakan juga, sila rujuk dan dapatkan kebenaran dari
Kementerian Pelajaran Malaysia (Penganjur).
11. Bagi sekolah yang menerima lawatan dari luar negara sila berhubung terus dengan
Bahagian Antarabangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan patuhi prosedur yang telah
ditetapkan.
Sumber: PPD Kuala Kangsar

Tuesday, August 18, 2009

Terkenang-kenang



Bukit Bendera 2008

Terkenang-kenang



Majlis Perkahwinan Tn. Syed M. Zainal dan Melati di Manong

Saturday, August 1, 2009

TERKENANG-KENANG


Classmates, Mod LPBS KPLI Prasekolah... IPBMM

TERKENANG-KENANG


Coursemates UIA... Human Sciences

TERKENANG-KENANG


Bersama warga Madrasah Idrisiah sesi pengajian 2006/2007

Thursday, July 30, 2009

TERKENANG-KENANG...


Generasi Pertama Warga Prasekolah SK Pos Poi (2007)

Wednesday, July 29, 2009

H1N1 DAN ANAK-ANAK KITA...

Penularan wabak H1N1 berada di paras yang agak membimbangkan, kesannya turut terasa pada institusi pendidikan negara kita. Akibat daripada penularan wabak ini beberapa buah sekolah dan IPTA terpaksa ditutup sehingga situasi terkawal. Langkah penutupan ini sememangnya wajar, namun beberapa perkara harus diambil perhatian serius, selain daripada penangguhan operasi sekolah-sekolah dan IPTA, cadangan penulis... dalam tempoh berjaga-jaga ini pihak yang terbabit harus membekukan sebarang permohonan dari mana-mana sekolah untuk mengadakan lawatan. Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan daripada wabak ini terus merebak. Kita gambarkan situasi murid yang bersesak-sesak di dalam bas, komuter, atau apa saja jenis pengangkutan dan di tempat-tempat awam. Physical Contact dengan individu-individu yang tidak diketahui status kesihatannya adalah suatu yang tidak harus dipandang enteng... H1N1 pula amat mudah tersebar, melalui sentuhan, udara, dan titisan air... Semoga wabak ini tidak terus menular dan menganggu gugat kesejahteraan rakyat Malaysia.

Tuesday, July 28, 2009

HARI TEMUDUGA

Alhamdulillah, hari ini selesai menjalani temuduga, hendak dijadikan cerita aku calon yang terakhir sekali, yang ke 16, moga-moga berjayalah hendaknya... Insya Allah. Kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan di atas sokongan kalian, memberikan tunjuk ajar serta tips sebelum menghadiri temuduga, kedua orang tua ku yang di saat-saat akhir menghantar SMS tajuk utama akhbar hari ini, isteriku yang tersayang... terima kasih sekali lagi. Sesi ku pada pukul 10 pagi dan aku tiba 30 minit awal, wah! guru lelaki semakin pupus... Ada banyak perkara berlaku pagi ini. Seorang calon diminta pulang kerana tidak membawa sijil ijazah, ada yang tidak membawa sijil kelahiran, ada juga yang tidak mengisi borang yang wajib diisi, alhamdulillah diri ini lengkap segala dokumennya berkat nasihat daripada rakan seperjuangan di Pos Poi. Jadi ingatan untuk kita bersama, antara persediaan sebelum menghadiri apa-apa temuduga, dokumen-dokumen yang lengkap perlulah ada. Pernah suatu ketika calon diminta pulang untuk mengambil dokumen yang wajib disertakan semasa temuduga, telah ditimpa kemalangan, dan ini merumitkan kedua-dua belah pihak (hmm... kes nie sama je macam kes guru pelatih yang yang mengandung dan tak maklumkan pada Hal Ehwal Pelajar, dan turut serta mengikuti Kem Bina Insan Guru, mengalami pendarahan, dan keguguran... seperti yang pernah diceritakan oleh seorang sahabat...) Jadi beringatlah kawan-kawan... kepada rakan-rakan seperjuangan yang bakal menghadiri temuduga, semoga berjaya...

Sunday, July 19, 2009

PASUKAN PENGAKAP SK POS POI 2008


MAKSUD LOGO PENGAKAP


Buat tatapan umum,terutama sekali mereka yang memegang portfolio penting dalam unit beruniform ini, kalau-kalau ada yang bertanya, adalah jawapannya.


Entah Di Mana

Entah di mana, tempat bermanja

Lupa ditepikan, kering dan layu

Hatiku lunglai, kosong dan hampa

Mengharap setangkai, mawar yang indah

Berilah fatwa, kata-kata sakti

Semoga hati nan lara, takku rasai

Entah di mana, tumpuan hasrat

Melepas hati rindu, di masa lalu
Lirik Lagu Entah Di Mana Dendangan Allahyarham
Tan Sri P.Ramlee Dari Filem Keluarga 69
(sila klik pada tajuk lagu di atas untuk klip video)

Saturday, July 18, 2009

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalama jangkamasa satu tahun atau lebih sebelum memasuki tahun satu

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai perkembangan asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah membolehkan murid...

mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang baik

menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi

menggunakan Bahasa Cina dan Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua

mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam

mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah

mempunyai kematangan emosi an kemahiran sosial

mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik

mempunyai daya kreativiti dan nilai estetika untuk menghargai alam dan warisan budaya

Friday, July 17, 2009

CEMPEDAK DAN DURIAN

hari ini tidak hadir ke sekolah kerana keracunan, pada masa yang sama perlu membawa si isteri ke klinik bagi mendapatkan rawatan, dua tiga hari bila menjelang maghrib akan mula pening-pening dan muntah-muntah... orang tengah berbadan dua, mungkin itu adalah sesuatu yang normal, namun semalam agak ketara, muntah-muntah dan pening-peningnya, setelah diperiksa barulah tau jawapannya, semuanya kerna penangan dari 2 biji cempedak, kan ke berangin tu... lepas nie beringat ye sayang... hari nie tidak seperti biasa bersolat jumaat di felda lasah sambil menjenguk opah dan pusara atuk, hari ini bersolat di masjid berdekatan dengan rumah, sebelum khatib berkhutbah ada berita sedih disampaikan, salah seorang ahli kariah meninggal dunia di terengganu akibat ditimpa buah durian... 2 kali operate ceritanya... innalillahi wa innailaihi raajiuun... begitulah kisahnya... cempedak dan durian...

Sunday, July 12, 2009

I'M A DADDY... SOON!




Penantian aku dan isteri berakhir baru-baru ini, alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, akhirnya isteriku hamil, dan kini dah masuk 3 bulan, gembira rasanya... moga kehadiran orang ketiga ini bakal menceriakan kehidupan kami berdua, si isteri nak lelaki, harapannya moga "dia" selaku abang sulung dapat menjaga adik-adiknya yang lain, bagi aku lelaki atau perempuan... harapan ku semoga "dia" bakal menjadi anak yang soleh atau solehah, menyenangkan hati kedua orang tuanya. Hatiku turut gembira kerna dapat mengembirakan hati kedua orang tuaku dan tak lupa juga ibu mertuaku... namun yang pasti aku berharap benar opahku di Felda Lasah dapat menatap wajah cicitnya... Insya Allah

Thursday, July 9, 2009

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010


Membina Negara Bangsa
dengan memperkasakan Bahasa Kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan Integrasi Nasional, memupuk kecintaan terhadap seni warisan dan budaya

Membangunkan Modal Insan
meningkat keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
peluasan program prasekolah, pemantapan kepimpinan pengetua/guru besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum

Merapatkan Jurang Pendidikan
membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar, mengurangkan keciciran, dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan pedalaman

Memartabatkan Profesyen Perguruan
menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan, dan pengurusan sumber manusia

Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
memilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah kluster yang memberi autonomi pada sekolah

Friday, June 12, 2009

MENDAPAT BIRAS BARU


Tanggal 30 Mei, bertempat di Rumah no 10, Taman Dermawan, Bercham Ipoh telah berlangsung majlis perkahwinan Azian Mohd Izuddin dan Muhamad Ghazi. Hari bersejarah sebelah keluarga mertuaku pada hari itu berjalan dengan lancar, Alhamdulillah. Moga dipanjangkan umur serta jodoh, dan dimurahkan rezeki Insya Allah.

Tuesday, March 17, 2009

Bermulalah segalanya

Pada tanggal 12 Mac yang lalu, bertempat di Auditorium Seri Cempaka Perbadanan Putrajaya telah berlangsung Majlis Konvokesyen Graduan KPLI, dan aku merupakan salah seorang graduan yang menerima diploma pada petang itu, sesi bagi maktab ku (SIDANG 4) bermula jam 2 petang... di ruang legar auditorium penuh sesak denagn sanak saudara yang ingin meraikan kejayaan insan2 yang bergelar pendidik setelah menempuh pelbagai dugaan dalam proses membentuk diri menjadi manusia yang bergelar pendidik yang diharapkan dapat mendidik dan merealisasikan impian anak bangsa... ada juga yang meraikan si suami atau si isteri tersayang... termasuklah diri ini... walaupun sedikit hampa kerana ketiadaan orang tua ku pada hari bersejarah itu... namun ianya terubat dengan kehadiran seorang insan yang bergelar sebagai isteri... terima kasih sayang!

Wednesday, January 28, 2009

TIDAK LAGI SEPERTI DULU


Assalamualaikum, lama benar rasanya tidak mencoret di ruangan ini, terdengar saja akan usikan rakan-rakan, terus saja menyepi setelah bergelar suami,hi hi, biasalah pengantin baru laa katakan, semalam genap sebulan aku mendirikan rumah tangga bersama isteriku yang tercinta Azlina Mohd Izuddin. di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat handai, saudara mara serta kenalan yang hadir menyerikan majlis perkahwinan kami, samada di Ipoh mahupun di Kuala Kangsar, terima kasih diucapkan sekali lagi.
Apa rasanya setelah bergelar sebagai suami? acapkali aku tertanya sendiri apakah perbezaanya(semasa bujang dahulu) takkala melihat rakan-rakan ku yang sudah berumah tangga yang ada dikalangan mereka yang kelihatan masih seperti orang bujang lagaknya, namun ini bukan membawa maksud ku mereka ini lupa akan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, jauh dilubuk hati mereka, mereka masih sedar akan status yang dipegang, cuma kadang kala sifat nakal sebagai lelaki terserlah tanpa disedari... biasalah lelaki.
ya kini aku sendiri telah mengalami proses transformasi status yang selama ini memang ku nantikan... ye ternyata perbezaannya sebelum dan selepas bergelar sebagai seorang suami. sebagai muslim terdapat batas-batas yang wajib dipatuhi, amanah yang patut dilaksanakan. semasa bujang rakan-rakan sering didahulukan (walaupun yang pastinya keluarga yang mesti diutamakan)kini semua itu perlu diubah, kalau ingin berjumpa kawan di luar, ingat-ingatlah isteri yang keseorangan di rumah, bila sudah berkahwin, secara automatiknya aku turut berkahwin dengan kesemua ahli keluarga sebelah isteriku.tak boleh jadi kera sumbang, mesti pandai bergaul dengan semua ahli keluarga sebelah isteri (senang cakap mestilah peramah)
sebagai anak sulung dan cucu sebelah ayah yang paling tua dalam keluarga, pastinya saat ini sememangnya dinantikan oleh mereka. aku bersyukur kerna semua ahli keluarga memberikan sokongan sepanjang majlis perkahwinanku, namun sedih juga bila bapa dan ibu saudara ku sebelah emak yang terlalu ingin menemui ku di majlis ku tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.
kini aku masih lagi menikmati kemanisan selaku pengantin baru,dan harapan ku moga kemanisan ini berpanjangan hingga ke akhirnya, dan kalau boleh berterusan di SANA Insya Allah. namun bak kata Abdul Wahub pada isterinya Ghasidah di kandang kuda "Sedangkan lidah lagi tergigit,apa pula suami isteri" dalam kita berhatihati menyusur sungai adakalanya rakit terlanggar batu. moga aku dan isteri dapat menangani cabaran dalam berumah tangga...
kata-kata ku semakin hampir ke noktahnya... moga di masa lain ada kesempatan bagi ku untuk mencoret. kini aku dan isteri menanti nanti transformasi status ku sebagai bapa, moga dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat comel yang soleh dan solehah... Amin