Wednesday, August 19, 2009

PENGUMUMAN PENGURUSAN SEKOLAH

PERKEMBANGAN TERKINI WABAK INFLUENZA A (H1N1) DI DAERAH KUALA KANGSAR
Sehingga kini, terdapat pelajar daripada beberapa buah sekolah daerah ini yang didapati positif H1N1. Sehubungan itu, semua pihak perlu melaksanakan langkah-langkah berikut:, (Rujukan surat: Bil.(2) J.Pend.Pk.(AM) bertarikh 11 Ogos 2009 Sila patuhi arahan-arahan berikut demi menangani isu berkenaan.
1. Semua akitiviti melibatkan pihak luar atau pergerakan murid / pelajar di luar kawasan
sekolah selepas 10 Ogos 2009 ditangguhkan. Hanya akitiviti yang dijalankan di dalam permis
sekolah dibenarkan.
2. Peperiksaan Awam (UPSR/PMR/SPM/STPM/STAPM) berjalan sEperti yang dijadualkan.
2.1 Pelajar yang menerima rawatan (kuarantin) di hospital akan menduduki peperiksaan
tersebut di hospital.
2.2 Pelajar yang dikuarantin di rumah, perlu menduduki peperiksaan berkenaan di bilik
kuarantin yang disediakan oleh pihak sekolah.
3. Pihak sekolah digalakkan mengadakan Bacaan Surah Yasin atau Solat Hajat dan berdoa bagi
memohon kesejahteraan dan keafiatan dan bebas dari wabak virus H1N1 yang kini semakin
menular dan merebak.
4. Pihak sekolah digalakkan mengadakan gotong-royong pembersihan kawasan sekolah.
5. Pihak sekolah harus mengenalpasti pasti sebab-sebab pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir
ke sekolah supaya maklumat penularan H1N1 ini dapat dimaklumkan kepada pihak hospital
daerah.
6. Pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Induk 3K Wabak Influenza A H1N1.
7. Pemakaian penutup mulut dan hidung adalah digalakkan. Cuba dapatkan bantuan bekalan
dari Persatuan IbuBapa dan Guru.
8. Pihak sekolah sentiasa mengawasi pelajar-pelajar yang mengidap penyakit asthma, obesiti
dan kencing manis yang mudah diserang oleh Virus H1N1
9. Lawatan ke luar negara tidak digalakkan. Sekiranya lawatan keluar negara tidak dapat
dielakkan dan atas urusan persendirian, pegawai tersebut hendaklah mengambil cuti
tambahan untuk tujuan kuarantin sekembalinya dari luar negara.
10. Bagi lawatan 'terpaksa' dilaksanakan juga, sila rujuk dan dapatkan kebenaran dari
Kementerian Pelajaran Malaysia (Penganjur).
11. Bagi sekolah yang menerima lawatan dari luar negara sila berhubung terus dengan
Bahagian Antarabangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan patuhi prosedur yang telah
ditetapkan.
Sumber: PPD Kuala Kangsar

No comments: