
Perubahan Bakal Melanda... Nantikan!
TIADA KATA-KATA INFINITI YANG DAPAT DIUNGKAP DI DUNIA INI, HATTA BURUNG YANG TERBANG BEBAS DI LANGIT ITU SEKALIPUN LANGIT YANG TINGGI TETAP MENJADI SANGKARNYA JUA...
Tanggal 15 Oktober yang lalu merupakan hari terakhir bagi kelapan-lapan orang guru dari IPG Perlis di Sekolah Kebangsaan Pos Poi. 10 hari mereka menyumbang bakti dan buat anak-anak murid, pastinya kehadiran mereka merupakan satu pengalaman yang cukup berharga. Terima kasih sekali lagi kepada Yeop, Fadil, An, Din, Safrah, Mazni, Linda, dan Azian.
Video pertama yang aku persembahkan dalam blog ini... Opahku Hajjah Rogayah menyanyikan lagu Jepun semasa zaman persekolahannya...

Pada tanggal 12 Mac yang lalu, bertempat di Auditorium Seri Cempaka Perbadanan Putrajaya telah berlangsung Majlis Konvokesyen Graduan KPLI, dan aku merupakan salah seorang graduan yang menerima diploma pada petang itu, sesi bagi maktab ku (SIDANG 4) bermula jam 2 petang... di ruang legar auditorium penuh sesak denagn sanak saudara yang ingin meraikan kejayaan insan2 yang bergelar pendidik setelah menempuh pelbagai dugaan dalam proses membentuk diri menjadi manusia yang bergelar pendidik yang diharapkan dapat mendidik dan merealisasikan impian anak bangsa... ada juga yang meraikan si suami atau si isteri tersayang... termasuklah diri ini... walaupun sedikit hampa kerana ketiadaan orang tua ku pada hari bersejarah itu... namun ianya terubat dengan kehadiran seorang insan yang bergelar sebagai isteri... terima kasih sayang!
