Sunday, August 31, 2008

INILAH YANG DIKATAKAN PENGALAMAN BARU...

Assalamualaikum, dan dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kenalan, dan sahabat handai... Alhamdulillah, kita dapat lagi bersua di Ramadan pada tahun ini, pastinya ada dikalangan kita yang mempunyai azam yang pelbagai, nak terawih setiap malam (tanpa ada malam yang tercicir) nak khatam Al-Quran, nak buat iftar, belanja kawan-kawan semua berbuka (kalau jadi ajak laa sekali orang di sini) Walau apa pun, kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerna kita masih lagi bernafas dan berpeluang menyambut bulan yang penuh rahmat ini... Tahun ini merupakan tahun pertama bagi saya, pada hari pertama berpuasa jauh daripada keluarga di Kuala Kangsar, bukan... maksud saya inilah kali pertama berpuasa di institut Perguruan di Kuala Lumpur bersama dengan rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama memilih profesion perguruan ini, sebelum ini pernah juga berpuasa jauh di perantauan, iaitu semasa menuntut di Gombak, cuma kelainan dapat dirasai pada malam ini... bersahur dan berbuka bersama dengan bakal-bakal guru di sini, belum rancang lagi di mana mahu bersahur nanti... tengoklah macamana... Harapan semoga apa yang kita rancangkan dapat dilaksanakan di kemudian hari, dan saya di sini bersama dengan rakan-rakan yang lain masih lagi berjuang untuk peringkat terakhir kursus dan semoga semuanya berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang... wa akhirul kalam Selamat Berpuasa... Fin

No comments: