Sunday, August 30, 2009

TIDAK KESEORANGAN LAGI...

Assalamualaikum, di kesempatan ini penulis ingin merakam seribu penghargaan bagi mereka yang sudi singgah sebentar ke laman blog... takdelah blog nie sunyi je... kalau ada kesempatan bolehlah hantarkan apa-apa komen bagi meningkatkan kualiti blog ini, atau apa-apa info yang dirasakan patut dikongsikan bersama... apa-apa saja, dari dunia pendidikan hinggalah ke dunia hiburan... (memandangkan setakat ini followers dari kalangan guru dan mereka yang terlibat dengan dunia seni... terima kasih sekali lagi diucapkan) lapang-lapangkan diri singgah di ruangan chatting... maaf kalau penulis lambat respond... tapi insya Allah akan berbalas... salam merdeka dan ramadan buat semua...

Monday, August 24, 2009

MOTOR ROSAK

Assalamualaikum... bertemu lagi di ruangan ini... hari ketiga berpuasa... hari nie ada kerja sedikit di sekolah... menghantar borang HRMIS (bagi warga guru tau laa apa dia...) sambil2 mengemaskini maklumat invois bagi prasekolah... Ketika pulang hujan lebat di Sg. Siput... redah juga sebab dah janji dengan orang rumah untuk ke bazar Ramadan bersama-sama, takut tak sempat pula, kalau tak jadi nanti dah tentu bermasam muka... maklumlah tengah berbadan dua :P Musibah melanda di Klebang... enjin tiba-tiba saja mati selepas terkena simbahan air hujan dari trailer panjang... sorong sampai ke Tasek, mujur ada pemuda India datang membantu... (ada iras2 seorang teman di SK Pos Poi) menunda motor rosak ke bus stop yang paling dekat... terima kasih kepada beliau... Setelah mencuba beberapa kali enjin berjaya dihidupkan... malang menimpa banjir kilat pula di depan... setelas hampir setengah jam terkandas barulah sampai ke rumah serentak dengan orang rumah... Alhamdulillah...ku anggapnya sebagai kifarah...

Saturday, August 22, 2009

Merdeka



Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Pos Poi 2007

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Terkini...


Warga Prasekolah 2009

Salam Ramadan

Alhamdulillah... bertemu lagi kita di Ramadan pada tahun ini... apakah azam anda? Tak nak miss terawikh walaupun satu malam? nak bertadarus sampai khatam Al-Quran? buat solat sunat Dhuha? Banyakkan sedekah, nak anjurkan Iftar... sponsor member2 sahabat handai berbuka, harapan semoga segala azam yang baik2 terlaksana dengan jayanya di bulan yang mulia ini. Orang kata bulan nie sesuai untuk menyuci dosa... ingat lagi ustaz penulis masa penulis sekolah rendah dulu ada cerita... tiap kali kita buat jahat, akan timbul satu titik hitam pada hati.... makin banyak buat silap, dosa... makin gelaplah hati, ustaz penulis ada juga cerita, kalau betul caranya wuduk yang kita ambil sebelum bersolat dapat menggugurkan dosa bagaikan air mengalir di kaki... tapi kalau malas sembahyang, bila masa nak berwuduknya... bila dah gelap, hati kita susah nak dapat hidayah dari Allah, bila dah gelap... kawan2 nasihat ke, sound ke, perli ke... semuanya tak meresap dalam hati... serupa siram air pada daun keladi, lepas tu siap cakap lagi "Aku sikit pun tak terasa... lantak kome laa!" mak aii..! eksyennye die! Maka bersyukurlah pada mereka yang ada rasa malu, terasa, kecil hati apabila ada member2 yang perli, sound, nasihat kita, maknanya ada ruang lagi pada hati kita yang masih belum ternoda, dan ada harapan untuk berubah. Pada yang suka perli2 member yang selalu buat silap, bila kawan tu ada tanda nak berubah, tak payah laa perli2 lagi, sebagai contoh kita tak pernah tengok dia sentuh sejadah... tiba2 satu hari kita nampak dia sembahyang, tak payah le perli2, patut kita galakkan lagi dia agar berubah, ataupun kita diam je sambil ucap "Alhamdulillah" dalam hati. Penulis nie takde laa baik mana, cuma hari nie teringin pulak nak memesan kawan2 dan pada yang sama turut memesan pada diri sendiri... Salam Ramadan dari penulis sekeluarga, moga Ramadan tahun ini akan memberi satu impak yang lebih positif dalam diri kita selaku seorang Muslim.

Wednesday, August 19, 2009

PENGUMUMAN PENGURUSAN SEKOLAH

PERKEMBANGAN TERKINI WABAK INFLUENZA A (H1N1) DI DAERAH KUALA KANGSAR
Sehingga kini, terdapat pelajar daripada beberapa buah sekolah daerah ini yang didapati positif H1N1. Sehubungan itu, semua pihak perlu melaksanakan langkah-langkah berikut:, (Rujukan surat: Bil.(2) J.Pend.Pk.(AM) bertarikh 11 Ogos 2009 Sila patuhi arahan-arahan berikut demi menangani isu berkenaan.
1. Semua akitiviti melibatkan pihak luar atau pergerakan murid / pelajar di luar kawasan
sekolah selepas 10 Ogos 2009 ditangguhkan. Hanya akitiviti yang dijalankan di dalam permis
sekolah dibenarkan.
2. Peperiksaan Awam (UPSR/PMR/SPM/STPM/STAPM) berjalan sEperti yang dijadualkan.
2.1 Pelajar yang menerima rawatan (kuarantin) di hospital akan menduduki peperiksaan
tersebut di hospital.
2.2 Pelajar yang dikuarantin di rumah, perlu menduduki peperiksaan berkenaan di bilik
kuarantin yang disediakan oleh pihak sekolah.
3. Pihak sekolah digalakkan mengadakan Bacaan Surah Yasin atau Solat Hajat dan berdoa bagi
memohon kesejahteraan dan keafiatan dan bebas dari wabak virus H1N1 yang kini semakin
menular dan merebak.
4. Pihak sekolah digalakkan mengadakan gotong-royong pembersihan kawasan sekolah.
5. Pihak sekolah harus mengenalpasti pasti sebab-sebab pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir
ke sekolah supaya maklumat penularan H1N1 ini dapat dimaklumkan kepada pihak hospital
daerah.
6. Pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Induk 3K Wabak Influenza A H1N1.
7. Pemakaian penutup mulut dan hidung adalah digalakkan. Cuba dapatkan bantuan bekalan
dari Persatuan IbuBapa dan Guru.
8. Pihak sekolah sentiasa mengawasi pelajar-pelajar yang mengidap penyakit asthma, obesiti
dan kencing manis yang mudah diserang oleh Virus H1N1
9. Lawatan ke luar negara tidak digalakkan. Sekiranya lawatan keluar negara tidak dapat
dielakkan dan atas urusan persendirian, pegawai tersebut hendaklah mengambil cuti
tambahan untuk tujuan kuarantin sekembalinya dari luar negara.
10. Bagi lawatan 'terpaksa' dilaksanakan juga, sila rujuk dan dapatkan kebenaran dari
Kementerian Pelajaran Malaysia (Penganjur).
11. Bagi sekolah yang menerima lawatan dari luar negara sila berhubung terus dengan
Bahagian Antarabangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan patuhi prosedur yang telah
ditetapkan.
Sumber: PPD Kuala Kangsar

Tuesday, August 18, 2009

Terkenang-kenang



Bukit Bendera 2008

Terkenang-kenang



Majlis Perkahwinan Tn. Syed M. Zainal dan Melati di Manong

Saturday, August 1, 2009

TERKENANG-KENANG


Classmates, Mod LPBS KPLI Prasekolah... IPBMM

TERKENANG-KENANG


Coursemates UIA... Human Sciences

TERKENANG-KENANG


Bersama warga Madrasah Idrisiah sesi pengajian 2006/2007