Thursday, July 30, 2009

TERKENANG-KENANG...


Generasi Pertama Warga Prasekolah SK Pos Poi (2007)

Wednesday, July 29, 2009

H1N1 DAN ANAK-ANAK KITA...

Penularan wabak H1N1 berada di paras yang agak membimbangkan, kesannya turut terasa pada institusi pendidikan negara kita. Akibat daripada penularan wabak ini beberapa buah sekolah dan IPTA terpaksa ditutup sehingga situasi terkawal. Langkah penutupan ini sememangnya wajar, namun beberapa perkara harus diambil perhatian serius, selain daripada penangguhan operasi sekolah-sekolah dan IPTA, cadangan penulis... dalam tempoh berjaga-jaga ini pihak yang terbabit harus membekukan sebarang permohonan dari mana-mana sekolah untuk mengadakan lawatan. Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan daripada wabak ini terus merebak. Kita gambarkan situasi murid yang bersesak-sesak di dalam bas, komuter, atau apa saja jenis pengangkutan dan di tempat-tempat awam. Physical Contact dengan individu-individu yang tidak diketahui status kesihatannya adalah suatu yang tidak harus dipandang enteng... H1N1 pula amat mudah tersebar, melalui sentuhan, udara, dan titisan air... Semoga wabak ini tidak terus menular dan menganggu gugat kesejahteraan rakyat Malaysia.

Tuesday, July 28, 2009

HARI TEMUDUGA

Alhamdulillah, hari ini selesai menjalani temuduga, hendak dijadikan cerita aku calon yang terakhir sekali, yang ke 16, moga-moga berjayalah hendaknya... Insya Allah. Kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan di atas sokongan kalian, memberikan tunjuk ajar serta tips sebelum menghadiri temuduga, kedua orang tua ku yang di saat-saat akhir menghantar SMS tajuk utama akhbar hari ini, isteriku yang tersayang... terima kasih sekali lagi. Sesi ku pada pukul 10 pagi dan aku tiba 30 minit awal, wah! guru lelaki semakin pupus... Ada banyak perkara berlaku pagi ini. Seorang calon diminta pulang kerana tidak membawa sijil ijazah, ada yang tidak membawa sijil kelahiran, ada juga yang tidak mengisi borang yang wajib diisi, alhamdulillah diri ini lengkap segala dokumennya berkat nasihat daripada rakan seperjuangan di Pos Poi. Jadi ingatan untuk kita bersama, antara persediaan sebelum menghadiri apa-apa temuduga, dokumen-dokumen yang lengkap perlulah ada. Pernah suatu ketika calon diminta pulang untuk mengambil dokumen yang wajib disertakan semasa temuduga, telah ditimpa kemalangan, dan ini merumitkan kedua-dua belah pihak (hmm... kes nie sama je macam kes guru pelatih yang yang mengandung dan tak maklumkan pada Hal Ehwal Pelajar, dan turut serta mengikuti Kem Bina Insan Guru, mengalami pendarahan, dan keguguran... seperti yang pernah diceritakan oleh seorang sahabat...) Jadi beringatlah kawan-kawan... kepada rakan-rakan seperjuangan yang bakal menghadiri temuduga, semoga berjaya...

Sunday, July 19, 2009

PASUKAN PENGAKAP SK POS POI 2008


MAKSUD LOGO PENGAKAP


Buat tatapan umum,terutama sekali mereka yang memegang portfolio penting dalam unit beruniform ini, kalau-kalau ada yang bertanya, adalah jawapannya.


Entah Di Mana

Entah di mana, tempat bermanja

Lupa ditepikan, kering dan layu

Hatiku lunglai, kosong dan hampa

Mengharap setangkai, mawar yang indah

Berilah fatwa, kata-kata sakti

Semoga hati nan lara, takku rasai

Entah di mana, tumpuan hasrat

Melepas hati rindu, di masa lalu
Lirik Lagu Entah Di Mana Dendangan Allahyarham
Tan Sri P.Ramlee Dari Filem Keluarga 69
(sila klik pada tajuk lagu di atas untuk klip video)

Saturday, July 18, 2009

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalama jangkamasa satu tahun atau lebih sebelum memasuki tahun satu

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai perkembangan asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah membolehkan murid...

mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang baik

menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi

menggunakan Bahasa Cina dan Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua

mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam

mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah

mempunyai kematangan emosi an kemahiran sosial

mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik

mempunyai daya kreativiti dan nilai estetika untuk menghargai alam dan warisan budaya

Friday, July 17, 2009

CEMPEDAK DAN DURIAN

hari ini tidak hadir ke sekolah kerana keracunan, pada masa yang sama perlu membawa si isteri ke klinik bagi mendapatkan rawatan, dua tiga hari bila menjelang maghrib akan mula pening-pening dan muntah-muntah... orang tengah berbadan dua, mungkin itu adalah sesuatu yang normal, namun semalam agak ketara, muntah-muntah dan pening-peningnya, setelah diperiksa barulah tau jawapannya, semuanya kerna penangan dari 2 biji cempedak, kan ke berangin tu... lepas nie beringat ye sayang... hari nie tidak seperti biasa bersolat jumaat di felda lasah sambil menjenguk opah dan pusara atuk, hari ini bersolat di masjid berdekatan dengan rumah, sebelum khatib berkhutbah ada berita sedih disampaikan, salah seorang ahli kariah meninggal dunia di terengganu akibat ditimpa buah durian... 2 kali operate ceritanya... innalillahi wa innailaihi raajiuun... begitulah kisahnya... cempedak dan durian...

Sunday, July 12, 2009

I'M A DADDY... SOON!




Penantian aku dan isteri berakhir baru-baru ini, alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, akhirnya isteriku hamil, dan kini dah masuk 3 bulan, gembira rasanya... moga kehadiran orang ketiga ini bakal menceriakan kehidupan kami berdua, si isteri nak lelaki, harapannya moga "dia" selaku abang sulung dapat menjaga adik-adiknya yang lain, bagi aku lelaki atau perempuan... harapan ku semoga "dia" bakal menjadi anak yang soleh atau solehah, menyenangkan hati kedua orang tuanya. Hatiku turut gembira kerna dapat mengembirakan hati kedua orang tuaku dan tak lupa juga ibu mertuaku... namun yang pasti aku berharap benar opahku di Felda Lasah dapat menatap wajah cicitnya... Insya Allah

Thursday, July 9, 2009

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010


Membina Negara Bangsa
dengan memperkasakan Bahasa Kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan Integrasi Nasional, memupuk kecintaan terhadap seni warisan dan budaya

Membangunkan Modal Insan
meningkat keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
peluasan program prasekolah, pemantapan kepimpinan pengetua/guru besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum

Merapatkan Jurang Pendidikan
membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar, mengurangkan keciciran, dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan pedalaman

Memartabatkan Profesyen Perguruan
menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan, dan pengurusan sumber manusia

Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
memilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah kluster yang memberi autonomi pada sekolah