Wednesday, January 28, 2009

TIDAK LAGI SEPERTI DULU


Assalamualaikum, lama benar rasanya tidak mencoret di ruangan ini, terdengar saja akan usikan rakan-rakan, terus saja menyepi setelah bergelar suami,hi hi, biasalah pengantin baru laa katakan, semalam genap sebulan aku mendirikan rumah tangga bersama isteriku yang tercinta Azlina Mohd Izuddin. di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat handai, saudara mara serta kenalan yang hadir menyerikan majlis perkahwinan kami, samada di Ipoh mahupun di Kuala Kangsar, terima kasih diucapkan sekali lagi.
Apa rasanya setelah bergelar sebagai suami? acapkali aku tertanya sendiri apakah perbezaanya(semasa bujang dahulu) takkala melihat rakan-rakan ku yang sudah berumah tangga yang ada dikalangan mereka yang kelihatan masih seperti orang bujang lagaknya, namun ini bukan membawa maksud ku mereka ini lupa akan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, jauh dilubuk hati mereka, mereka masih sedar akan status yang dipegang, cuma kadang kala sifat nakal sebagai lelaki terserlah tanpa disedari... biasalah lelaki.
ya kini aku sendiri telah mengalami proses transformasi status yang selama ini memang ku nantikan... ye ternyata perbezaannya sebelum dan selepas bergelar sebagai seorang suami. sebagai muslim terdapat batas-batas yang wajib dipatuhi, amanah yang patut dilaksanakan. semasa bujang rakan-rakan sering didahulukan (walaupun yang pastinya keluarga yang mesti diutamakan)kini semua itu perlu diubah, kalau ingin berjumpa kawan di luar, ingat-ingatlah isteri yang keseorangan di rumah, bila sudah berkahwin, secara automatiknya aku turut berkahwin dengan kesemua ahli keluarga sebelah isteriku.tak boleh jadi kera sumbang, mesti pandai bergaul dengan semua ahli keluarga sebelah isteri (senang cakap mestilah peramah)
sebagai anak sulung dan cucu sebelah ayah yang paling tua dalam keluarga, pastinya saat ini sememangnya dinantikan oleh mereka. aku bersyukur kerna semua ahli keluarga memberikan sokongan sepanjang majlis perkahwinanku, namun sedih juga bila bapa dan ibu saudara ku sebelah emak yang terlalu ingin menemui ku di majlis ku tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.
kini aku masih lagi menikmati kemanisan selaku pengantin baru,dan harapan ku moga kemanisan ini berpanjangan hingga ke akhirnya, dan kalau boleh berterusan di SANA Insya Allah. namun bak kata Abdul Wahub pada isterinya Ghasidah di kandang kuda "Sedangkan lidah lagi tergigit,apa pula suami isteri" dalam kita berhatihati menyusur sungai adakalanya rakit terlanggar batu. moga aku dan isteri dapat menangani cabaran dalam berumah tangga...
kata-kata ku semakin hampir ke noktahnya... moga di masa lain ada kesempatan bagi ku untuk mencoret. kini aku dan isteri menanti nanti transformasi status ku sebagai bapa, moga dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat comel yang soleh dan solehah... Amin