Wednesday, September 3, 2008

LATIHAN PUASA UNTUK KANAK-KANAK

Apa-apa juga ibadah terutamanya melaksanakan solat dan puasa adalah diakui berat untuk dilakukan kecuali disertai dengan iman yang teguh dan latihan sejak kecil.

Lantaran itu, ibu bapa Muslim hendaklah melatih anak-anak mereka untuk melunaskan kewajipan ini semenjak di peringkat umur pra sekolah lagi.

Peringkat permulaan iaitu pada usia empat tahun, kanak-kanak ini dilatih berlapar dan dahaga selama kira-kira lima hingga enam jam. Kemudian secara berperingkat, dipanjangkan tempohnya sehingga tujuh atau lapan jam. Apabila pada umurnya tujuh tahun, disuruh puasa sepenuh hari.

Apabila mencecah usia 10 tahun, hendaklah dipaksa berpuasa. Jika enggan, barulah boleh dipukul dengan tujuan mendisiplinkan. Hal ini dikiaskan dengan perintah mendirikan solat yang bermaksud: Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat apabila mereka berumur tujuh tahun; dan pukullah mereka apabila berumur 10 tahun (jika tidak mahu mengerjakan solat).

Menyediakan galakan berupa hadiah juga menjadi faktor yang dapat merangsang kanak-kanak untuk berpuasa serta melakukan ibadah-ibadah yang lain. Ada kewajarannya kerana Allah SWT sendiri menjanjikan pahala dan balasan syurga kepada hamba-hamba-Nya yang taat, sebaliknya balasan seksaan bagi mereka yang ingkar.

Pun begitu, pendidikan Islam mestilah terus dipertingkatkan sehingga memperoleh maqam yang tinggi. Ketika itu: “Beribadat bukan kerana mengharapkan hadiah (balasan syurga) dan bukan kerana takutkan seksaan api neraka, tetapi semata-mata kerana cinta kepada Allah”.

Utusan Malaysia, 4 September 2008

Monday, September 1, 2008

TERKENANG MASA LALU...

Generasi yang lahir pada tahun 80an mesti ingat masa sekolah rendah dulu:
Kat sekolah ada salesman jual buku cerita. Hari ni bagi list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. Salesman susu pun macam tu juga.
Kat library, budak2 memang baca buku tapi cuma tengok gambar je. bila ada programNilam, sibuk semua nak pinjam buku.
RMT kat sekolah makan tak best, tapi yg berduit pun makan RMT, tak phm....
Pakai pensel box yang boleh buka depan belakang, lepas tu ade sharpener kat tengah2 dia.
main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam. Padahal itu fungsi sebenar, untuk padam!
Pakai pembaris yang bergerigi, kat dalam ada air lepas tu ada benda berkilat dalam air tu.
Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada pemegang kat tengah2 tapi tak pernah nampk cikgu pegang pun kat situ.
Bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan.
Waktu pendidikan seni, lukis boleh lukis semua tapi bila waktu mewarna semua hampeh!. Ada jugak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, apa la...
Main game 2D. super contra, supermario, street fighter, sume pakai tape.
Jam tangan Boy London jadi idaman, sebab boleh tukar warna ikut suhu n cuaca.
Takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
Balik sekolah beli JoJo takpun Dendang.Tora pun best jugak. Beli semata2 nak mainan, coklat dia tak makan pun.
Kasut berlampu kat tapak, yang iklan dia kat tV boleh tembak alien tu...
Siri kartun; power rangers, ultraman,transformers, ninja turtles,Thundercats, maskman, Gaban dan macam lagi.
Jangan lupa semua ni sebab zaman sekarang budak2 tak sempat rasa benda2 ni semua. Kita akan sentiasa berubah, cuma asal-usul kite yang kekal.

MENGAPA DIBUNUH SEMUA SEMUT ITU?

Kisah bermula dengan pengembaraan seorang abid dengan anak muridnya. Setelah lama berjalan akhirnya mereka tiba di sebuah kampung yang agak sunyi dan tiada berpenghuni, kelihatannya seperti baru lepas dilanggar garuda, di suatu sudut kelihatan banyak rumah yang musnah, bangkai-bangkai ternakan dimana-mana dengan bau busuk yang menusuk, serta tanaman-tanaman yang mati, Maka bertanyalah anak murid kepada si abid, "Mengapa begini keadaannya kampung ini? teruk sekali suasananya..."Maka berkatalah si abid, "Ketahuilah oleh mu bahawa kampung ini serta penduduknya telah menerima kemurkaan daripada Allah SWT..." "Mengapa tuan guru?" si anak murid benar-benar ingin tahu... "Terdapat seorang penduduknya yang sering melakukan kemaksiatan dan lalai dalam mengerjakan suruhan yang telah difardukan kepadanya, penduduk yang lainnya pula tidak pernah langsung menegur atau menasihatinya supaya kembali ke jalan yang benar..." terang si abid tersebut. Berkerutlah dahi si anak murid dan berkata "Mengapa begitu kejam sekali? Hanya seorang yang melakukan kesilapan dan akibatnya ditanggung oleh semua!" getus si anak murid. Si abid hanya merenung sambil tersenyum, dan tiada jawapan membidas kata-kata anak muridnya. Mereka meneruskan perjalanan dan akhirnya mereka berhenti berehat di bawah sepohon pokok yang rendang. Akibat terlalu penat si anak murid terlelap, dan takkala sedang enak dibuai mimpi indah tanpa disedarinya kakinya dihurungi beberapa ekor semut dan seekor daripadanya menggigit kaki si anak murid. Maka melompatlah si anak murid dalam kesakitan ditambah dengan rasa berang kerana tidurnya diganggu, dengan rasa geram dikibaskan kakinya dan dibunuh kesemua semut yang menghurung kakinya tadi... "Rasakan!" getus hatinya. Si abid melihat perilaku anak muridnya dan sambil tersenyum sinis si abid bertanya, "Mengapa dibunuh kesemua semut itu? Bukankah yang menggigit kaki kamu itu cuma seekor saja?" terdengar saja pertanyaan si abid, si anak murid teringat akan kata-katanya tadi dan tertunduk malu...