Sunday, August 31, 2008

INILAH YANG DIKATAKAN PENGALAMAN BARU...

Assalamualaikum, dan dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kenalan, dan sahabat handai... Alhamdulillah, kita dapat lagi bersua di Ramadan pada tahun ini, pastinya ada dikalangan kita yang mempunyai azam yang pelbagai, nak terawih setiap malam (tanpa ada malam yang tercicir) nak khatam Al-Quran, nak buat iftar, belanja kawan-kawan semua berbuka (kalau jadi ajak laa sekali orang di sini) Walau apa pun, kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerna kita masih lagi bernafas dan berpeluang menyambut bulan yang penuh rahmat ini... Tahun ini merupakan tahun pertama bagi saya, pada hari pertama berpuasa jauh daripada keluarga di Kuala Kangsar, bukan... maksud saya inilah kali pertama berpuasa di institut Perguruan di Kuala Lumpur bersama dengan rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama memilih profesion perguruan ini, sebelum ini pernah juga berpuasa jauh di perantauan, iaitu semasa menuntut di Gombak, cuma kelainan dapat dirasai pada malam ini... bersahur dan berbuka bersama dengan bakal-bakal guru di sini, belum rancang lagi di mana mahu bersahur nanti... tengoklah macamana... Harapan semoga apa yang kita rancangkan dapat dilaksanakan di kemudian hari, dan saya di sini bersama dengan rakan-rakan yang lain masih lagi berjuang untuk peringkat terakhir kursus dan semoga semuanya berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang... wa akhirul kalam Selamat Berpuasa... Fin

Friday, August 29, 2008

HAR HAR HAR


Seorang makcik mengikut anaknya ke bandar. Di sana makcik ini dibawa oleh anaknya melawat beberapa tempat dan salah satu daripadanya adalah sebuah pusat membeli belah yang agak besar. Suasana di pusat membeli belah itu adalah suatu yang asing bagi makcik ini, maklumlah telah lama tinggal di kampung dan tidak pernah melihat dunia luar. Mereka dua beranak membeli-belah dengan gembira dan tiba-tiba si anak mahu ke tandas, lalu ditinggalkan ibunya sebentar sambil menjaga semua barangan yang dibeli. Terlihat akan makcik ini suatu objek yang amat menarik perhatiannya, maka berkatalah di dalam hatinya, "Amboi mak... besornye oven nie... Banyak benda boleh muat dalam nie..." Tiba-tiba muncul seorang pelancong kulit putih masuk ke dalam oven tersebut, maka kelam kabutlah makcik ini melarang pelancong itu. "oiii!jangan masuk dalam tuu... hangat pijo dalam tu!" jerit makcik tersebut. Pelancong kulit putih sambil mengerutkan dahinya terus masuk ke dalam dan meninggalkan makcik yang sedang terjerit-jerit. Pintu oven itu tertutup dan beberapa minit pintu oven itu terbuka semula dan keluarlah seorang warga Afrika, maka berkatalah makcik itu... "aku dah kabo dah jangan masuk... kan dah rentung!"